USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA STAF PENTADBIRAN USM DITERIMA MASUK DALAM LogM SEBAGAI ‘ASSOCIATE LOGISTICIAN’

WhatsApp_Image_2022-12-26_at_2.43.40_PM.jpeg

PULAU PINANG, 20 Disember 2022 – Selaras dengan usaha meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak industri terutama dalam bidang logistik, dua orang staf pentadbiran Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Ts. Dr. Hazrieffendy Bakri dari Jabatan Bendahari dan juga Ts. Dr. Mohamed Azlan Ashaari dari Pejabat Naib Canselor telah berjaya diterima masuk sebagai ‘Associate Logistician’ dalam Pertubuhan Pakar Logistik Malaysia (Society of Logisticians Malaysia, LogM) dalam satu majlis penganugerahan yang diadakan di Penang Institute di sini pada 17 Disember 2022 yang lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, yang mana kesemua ahli baru diberikan sijil pengiktirafan dalam Pertubuhan Pakar Logistik Malaysia.

WhatsApp_Image_2022-12-26_at_2.44.00_PM.jpeg

Lanjutan daripada itu, berdasarkan perlembagaan pertubuhan Seksyen 4.1.4 (e) (f), ahli ‘Associate Logistician’ adalah digalakkan untuk menggunakan singkatan ALogM selepas nama sebenar ahli.

Azlan dan Hazrieffendy berharap melalui pengiktirafan ini, kerjasama staf pentadbiran USM dengan pihak industri dapat diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan sinergi hubungan yang mantap antara USM dan industri.

Azlan dan Hazrieffendy adalah antara sejumlah 142 logistician profesional yang diberi pengiktirafan dalam majlis tersebut.

Sumbangan teks: Dr. Mohamed Azlan Ashaari

  • Created on .
  • Hits: 661

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024