USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REHAB CHARGER JUARA PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2022 IPTA/IPTS

319110300 3322861521363983 1145322444537093758 n

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Disember 2022 – Kumpulan Rehab Charger daripada Unit Perubatan Pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai juara kategori Institut Pengajian Tinggi Awam/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA/IPTS) dalam Pertandingan Inovasi dan Rekacipta tahun 2022 yang berlangsung di Wisma PERKESO, Putrajaya, semalam.

Pertandingan anjuran Cawangan ‘Return to Work’, Bahagian Perkhidmatan PERKESO itu merupakan platform kompetitif dalam memperkasa idea-idea inovatif dan kreatif serta solusi yang praktikal sesuai dengan halangan kebolehcapaian yang dihadapi oleh orang kelainan upaya (OKU) bagi mengangkat nilai inovatif golongan tersebut.

319441455 533174632068700 7015830871109797663 n

Kumpulan Rehab Charger mempertaruhkan projek inovasi ‘Multiple Aids for Pediatric Rehabilitation’ (MAIDS5) dalam pertandingan ini.

MAIDS5 merupakan alat inovasi yang mempunyai lima (5) fungsi dalam satu (1) alat bertujuan membantu dalam rawatan pemulihan kanak-kanak yang mengalami masalah lewat perkembangan motor kasar.

317950435 497150672262090 816092305293126353 n

Alat ini boleh digunakan dalam pelbagai fungsi iaitu duduk, berdiri, berjalan dengan sokongan, berjalan tanpa sokongan dan juga sebagai ‘stroller’.

Selain itu, alat ini juga dibekalkan dengan aksesori meja untuk kegunaan menjalankan aktiviti motor halus dan penghadang di bahagian paha untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kaki bersilang.

319689508 1115713412468868 5003910597020889438 n

Rehab Charger unggul sebagai juara pertandingan yang disertai oleh 65 projek inovasi daripada pelbagai IPTA dan IPTS.

Sumbangan Teks & Foto: Profesor Madya Dr. Muhammad Hafiz Hanafi

  • Created on .
  • Hits: 353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024