USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KETUA AUDIT DALAM SEKRETARIAT ASEAN TERIMA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-60 USM; PENUHI IMPIAN MENDIANG BAPA

IMG 9206

PULAU PINANG, 4 Disember 2022 – Oleh kerana bertugas di luar negara, beliau tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen yang telah dilangsungkan sebelum ini pada bulan Mei 2022. Namun begitu, Dr. Sasikala telah berjaya tiba dan hadir ke Upacara Konvokesyen ke-60, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Walaupun dalam kesibukan jadual kerja beliau, Dr. Sasikala Sankaran Pillai telah mampu meluangkan masa untuk menghadiri majlis konvokesyen di USM, bersama dengan ibu dan anak saudaranya.

Memperolehi Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Governan dan Perundangan Korporat, bidang pengajian beliau berkait rapat dengan Akta Persaingan di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Sebelum meneruskan pengajian PhD beliau di USM, Sasikala juga mesra dikenali sebagai ‘saashaa’ dari profil ‘LinkedIn’ beliau, beliau telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan seterusnya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di (MBA) at Drake University di Iowa, USA.

wkkk

Pengalaman luas Sasikala dalam bidang perakaunan dan audit, dan dengan peluang bertugas di dalam dan luar negara, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta telah melayakkan beliau untuk menyandang jawatan beliau sekarang.

Jika sebelum ini beliau bertugas di Jabatan Audit Negara Malaysia, kini beliau adalah Ketua Audit Dalam di Sekretariat ASEAN.

Berpusat di Jakarta, Indonesia, tugas beliau di Sekretariat ASEAN adalah untuk memastikan adanya ‘semakan dan keseimbangan’ berkaitan hal-hal kewangan dalam kalangan 10 negara yang menjadi ahli ASEAN.

IMG 9237

Apabila ditanya tentang keputusan beliau untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah tinggi, beliau berkata, “Perkara yang telah menggalakkan saya untuk meneruskan pengajian ke tahap ini adalah untuk menunaikan janji kepada mendiang ayah saya, Sarjan Sankaran Rajagopal Pillai untuk memenuhi harapannya, yang menentukan di mana saya berada sekarang ini, juga tidak melupakan ibu saya, guru-guru serta kesemua pensyarah dan penyelia saya di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) USM di atas segala sokongan dan dedikasi selama ini.”

Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Konvokesyen ke-60 USM telah bertemu dan mengucapkan tahniah kepada Dr. Sasikala di upacara konvokesyen sidang kedua hari ini.

Seorang lagi graduan dan alumni yang boleh dibanggakan oleh pihak universiti, USM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Seramai 394 graduan telah menerima ijazah masing-masing, yang disampaikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang mempengerusikan Sidang Kedua konvokesyen.

Konvokesyen ke-60 USM kini sedang berlangsung, bermula dari 3-14 Disember 2022.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin & Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi

  • Created on .
  • Hits: 689

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024