USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

‘STEM YOUTH PROGRAM 2022’ MELABUHKAN TIRAINYA; 100 ORANG PELAJAR SEKOLAH DI WILAYAH UTARA BERPELUANG MENDEKATI BIDANG ‘STEM’

PULAU PINANG, 30 Nov. 2022 – Pertandingan STEM Youth Program 2022 yang dianjurkan Akademi Sains Malaysia (ASM) cawangan wilayah utara dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah tiba ke penghujungnya baru-baru ini.

IMG 20221203 WA0005

Majlis penutup program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di Kampus SAINS@USM di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Menurut Abdul Rahman, 'STEM Youth Program 2022' ini yang dianjurkan ASM-USM dan turut disokong rakan kolaboratif dari UPSI, Intel dan CREST (Collaborative Research in Engineering, Science and Technology) bagi sekolah-sekolah di wilayah utara selama 2 bulan (24 September 2022 – 30 November 2022) bertujuan memupuk minat dan mengembangkan bakat pelajar terbabit berkaitan subjek STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik).

“Di samping itu, program ini juga bertujuan menyokong hasrat membentuk dan menghasilkan bakat tersedia di bidang industri yang kini masih kurang daripada 20%,” katanya.

IMG 20221203 WA0007e

Program yang disertai 16 sekolah di wilayah utara ini memberi penekanan kepada pelajar dari Tingkatan 1 – 4 dalam pelbagai bidang berkaitan STEM, serta memberi peluang kepada mereka untuk menghadiri pelbagai bengkel pembelajaran, melengkapkan projek mini dan menyelesaikan masalah secara PBL (Problem-Based Learning).

Presiden ASM, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail juga turut menyampaikan kata-kata semangat serta ucapan terima kasih melalui rakaman video, dengan penglibatan para peserta dalam program ini.

Beliau telah mengingatkan semua di situ bahawa ‘sains bukan hanya menarik, tetapi penting dalam kehidupan seharian’ dan memaklumkan tentang program ASM yang akan dijalankan dalam tahun 2023 iaitu “National Science Challenge 2023” dan mempelawa penyertaan dari seluruh negara.

IMG 20221203 WA0008

Pencapaian pelajar secara berkumpulan dari SMK, SMKA, SMJK dan MRSM ini dinilai di akhir program dengan pemberian pingat Emas, Perak dan Gangsa serta sijil penyertaan sewaktu program penutup di SAINS@USM hari ini.

Kesemua pingat dan sijil telah disampaikan oleh Abdul Rahman, yang juga Felo dan Pengerusi Akademi Sains Malaysia, cawangan wilayah utara (ASM Northern Chapter), merangkumi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pihak Intel juga telah menyampaikan sijil bagi mereka yang telah melengkapi sejumlah jam latihan tertentu yang dijalankan.

Turut hadir adalah Naib Presiden Operasi CREST, Suresh Kaliaperumal, wakil dari UPSI, Intel dan juga kumpulan tenaga pengajar serta guru-guru pembimbing, kumpulan fasilitator dan staf terbabit.

IMG 20221203 WA0009

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

 

  • Created on .
  • Hits: 472

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024