USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALAMI DUNIA KARYAWAN REMAJA DISLEKSIA MENERUSI PAMERAN DENAISUTERA DI MGTF

 

6855D1E2 3F68 4EFD 81DF 59650712DE7A
USM PULAU PINANG, 25 Nov. 2022 – Alami dunia karyawan remaja disleksia menerusi Pameran Denaisutera – Projek Cerah Hati Karyawan Remaja Disleksia yang sedang berlangsung di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), bermula 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023.

8CC1FB21 D003 43A4 B9D4 B81C3AE307ED

Pameran Denaisutera – Projek Cerah Hati Karyawan Remaja Disleksia merupakan sebuah pameran yang mengetengahkan hasil imaginasi 6 orang anak-anak disleksia yang mempunyai bakat mereka tersendiri, yang mana hasil atau karya kreativiti mereka adalah berbeza dengan anak-anak normal yang lain.

Perasmian pameran tersebut disempurnakan hari ini oleh Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Ir. Jamaliah Rahmat dan ia adalah susulan kepada program pemurnian remaja disleksia yang telah bermula sejak Oktober 2021, menerusi beberapa siri bengkel kreatif dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara USM dengan Persatuan Disleksia Malaysia pada bulan April lalu.

06A63AD5 1F42 4734 9EDA 550B199DAEAA

Karya-karya yang dihasilkan oleh para karyawan remaja disleksia digubah semula dalam bentuk dan skala yang lebih besar, interaktif dan ‘immersive’.

Semuanya telah dikuratorkan secara kolaboratif oleh kru kuratorial MGTF, USM yang diketuai oleh Afzanizam Mohd Ali dengan sekumpulan ko-kurator jemputan dari Pusat Pengajian Seni USM, bersama-sama dengan 48 orang pelajar dari pusat pengajian tersebut yang bekerja secara cipta-sama dalam merealisasikan pameran ini.

9378F45F DBDF 44AB 84B1 75FCCEAFC18F

Hadir sama pada majlis perasmian adalah Pengarah MGTF USM, Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon; pegawai-pegawai utama universiti; wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim, Kedah; wakil Persatuan Disleksia Malaysia Utara serta ibu bapa dan anak-anak disleksia.

099E0E38 85DA 4E84 9F04 030CC7A4DFCF

Turut diselitkan dalam majlis adalah persembahan daripada pelajar Bahagian Drama dan Teater, Pusat Pengajian Seni USM yang mana persembahan itu diinspirasikan daripada nukilan 3 orang ibu dalam usaha membesarkan anak-anak disleksia.

Pameran yang bertajuk Denaisutera – Projek Cerah Hati Karyawan Remaja Disleksia membawa maksud denai yang dipacu oleh kasih dan belas, iaitu denai mencerah hati yang merujuk kepada denai-denai berliku yang dilalui oleh ibu bapa kepada enam orang karyawan remaja yang bergelut dengan disleksia.

9B54B5E4 8A1A 434C BA0E 00A8400525F3

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Nurul Anwar Ibrahim (MGTF)

  • Created on .
  • Hits: 542

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024