USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN BAKAL PESURUHJAYA TINGGI, DUTA, KONSUL KEHORMAT MALAYSIA

Lawatan Bakal Duta Ke USM Softcopy 2

USM PULAU PINANG, 12 Nov. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan daripada bakal-bakal Pesuruhjaya Tinggi/Duta/Konsul Kehormat Malaysia, anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri yang telah mengatur untuk mereka mengadakan suatu sesi pertemuan bersama pihak USM sebagai sebahagian daripada aktiviti/pengisian lawatan mereka ke Pulau Pinang.

Mereka terdiri daripada:-

  • Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya
  • Bakal Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Kazakhstan dan Laos
  • Bakal Konsul Kehormat ke Vancouver, Nanning dan Pekan Baru.

Ketibaan tujuh orang bakal Pesuruhjaya Tinggi/Duta/Konsul Kehormat itu disambut baik oleh Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM, bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai utama Universiti.

Bagi mempromosikan USM sebagai Hab Pendidikan Malaysia dan di negeri Pulau Pinang, Narimah telah membentangkan dan memperkenalkan berberapa perkara yang signifikan beserta dengan inisiatif yang diambil USM dalam memacu kecemerlangan dan kemajuan universiti.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada Kursus Pra-Penempatan Ke Luar Negara (7-13 November 2022) bagi bakal Ketua-ketua Perwakilan Negara dan lawatan itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka berhubung pentadbiran dan pembangunan negeri serta mekanisme hubungan antara jentera perkhidmatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Dr. Shazelina Zainul Abidin, pegawai-pegawai utama IDFR, pegawai-pegawai utama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 346

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024