BSM USM ANJUR WACANA KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI

PULAU PINANG, 22 Nov. 2022 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Wacana Kaunseling dan Kesejahteraan Psikologi (WaKEP) USM 2022, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan isu kesihatan mental dalam kalangan seluruh warga Universiti.

WaKEP yang dijenamakan semula daripada Seminar Kaunseling Kebangsaan USM 2021 telah dijalankan secara lansung melalui platform Facebook Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf.

Program khas bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan itu diadakan selari dengan tema Bulan Kaunseling Kebangsaan iaitu “Emosi Sejahtera, Hidup Bahagia”.

Pelaksanaan WaKEP USM 2022 ini adalah melalui sesi ceramah dan forum yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi dengan kupasan tajuk yang berkaitan isu kekeluargaan, psikologi anak-anak, kaunseling, psikologi dan kesihatan mental.

Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah binti Samat, dalam ucapan perasmiannya berkata, pasukan kaunselor dan pegawai psikologi USM sentiasa melangkah ke hadapan dalam menjalankan pelbagai intervensi bagi membantu warga staf dan pelajar amnya dengan pelaksanaan WaKEP ini.

WaKEP USM melabuhkan tirai dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali.

Beliau dalam ucapannya berkata, USM peka terhadap isu kesejahteraan staf dan pelajar terutamanya dalam aspek kesihatan mental yang disifatkan sebagai agak serius khususnya dengan melihat kepada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes kesihatan mental dan isu bunuh diri sejak pandemik Covid-19.

WaKEP USM ini telah dihadiri oleh sejumlah 1117 yang terdiri daripada warga USM, pelajar dari Universiti Awam dan Swasta, Kaunselor Berdaftar dan orang awam yang telah berdaftar. Manakala di facebook seramai 6800 viewers telah menonton secara live streaming dengan like sebanyak 695 serta share sebanyak 310.

Teks: Nur Amirah Asyikin Hasmizar (Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015