USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-USK JALIN KERJASAMA PERKASA AGENDA PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SERANTAU

IMG 0016

USM PULAU PINANG, 11 Nov. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Syiah Kuala (USK), Indonesia bagi bekerjasama membina kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan serantau.

Majlis penandatanganan MoU tersebut disempurnakan oleh Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM bersama Rektor USK, Profesor Dr. Ir. Marwan, secara dalam talian (Webex).

Kerjasama itu merupakan satu kerjasama murni dan strategik dalam usaha sama untuk memperkasa agenda pendidikan dan penyelidikan di rantau nusantara melalui Program SAINSed, agar pengalaman pembelajaran yang cemerlang di kedua-dua kampus iaitu USM dan USK dapat dinikmati oleh para pelajar, penyelidik dan pensyarah.

MoU tersebut adalah kesinambungan pemeteraian kerjasama yang telah dan sedang berlangsung antara USM-USK dan kini hubungan di antara penyelidik/pensyarah bagi kedua-dua kampus telah menjadi lebih akrab dan luas terutamanya dalam mewacanakan pelbagai idea dan inisiatif bagi mendepani cabaran kelestarian serantau dan global.

Hadir sama adalah Timbalan Rektor, Perancangan, Kerjasama dan Perhubungan Awam, USK, Dr. Ir. Taufiq Saidi; Ketua Program SAINSed USM, Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak; wakil Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Komuniti USK, Dr. Sulastri, M. Si dan pegawai-pegawai utama USM dan USK.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 304

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024