USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WaKEP USM 2022: TINGKATKAN KESEDARAN PENTINGNYA KHIDMAT KAUNSELING

thumbnail SLOT 4

USM PULAU PINANG, 3 Nov. 2022 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Wacana Kaunseling dan Kesejahteraan Psikologi (WaKEP) USM 2022 bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan sepanjang Oktober 2022.

WaKEP merupakan penjenamaan semula daripada Seminar Kaunseling Kebangsaan USM yang telah diadakan pada tahun 2021.

WaKEP telah diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2022 secara langsung dalam talian menerusi Facebook Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf.

thumbnail SLOT 6

Selari dengan tema Bulan Kaunseling Kebangsaan iaitu “Emosi Sejahtera, Hidup Bahagia”, pelaksanaan WaKEP USM 2022 ini adalah melalui sesi ceramah dan forum yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi dengan kupasan tajuk yang berkaitan isu kekeluargaan, psikologi anak-anak, kaunseling, psikologi dan kesihatan mental.

Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM dalam ucapan perasmiannya, menyatakan bahawa pasukan kaunselor dan pegawai psikologi USM sentiasa melangkah ke hadapan dalam menjalankan pelbagai intervensi bagi membantu warga staf dan pelajar amnya dengan pelaksanaan WaKEP ini.

WaKEP USM melabuhkan tirai dengan penutupan oleh Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali, dan dalam ucapannya, Musa berkata USM sentiasa peka terhadap isu kesejahteraan staf dan pelajar terutamanya dalam aspek kesihatan mental yang kian meruncing berdasarkan kepada peningkatan kes kesihatan mental dan isu bunuh diri sejak pandemik COVID-19, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

thumbnail BEHIND THE SCENE SLOT 2

WaKEP USM ini telah dihadiri oleh warga USM, pelajar dari Universiti Awam dan Swasta, Kaunselor Berdaftar dan orang awam, dan mengikut rekod kehadiran, didapati seramai 1,117 orang telah berdaftar kesemuanya.

Manakala di facebook seramai 6,800 viewers telah menonton secara live streaming dengan like sebanyak 695 serta share sebanyak 310.

Teks: Nur Amirah Asyikin Hasmizar (Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar)/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 269

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024