USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SERTAI SIRI PROGRAM BERKAITAN KESIHATAN MENTAL

PERLIS, 11 November 2022 - Program Mental Heath Awareness Series: It’s Okay To Be Not Okay, siri ke-2 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2022, bertempat di SMK Syed Hassan, Perlis.

49FDF8CA 82CB 429E 9EC8 CB3F792FB564

Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 6 daripada 9 buah sekolah menengah di Perlis iaitu SMK Syed Hassan, SMK Syed Alwi, SMK Syed Sirajuddin, SMK Putra, SMK Derma, SMK Agama Alawiyah, SMK Agama Arau, SMK Tengku Sulaiman dan SMK Perlis.

Program ini dianjurkan oleh Angkatan Mahasiswa/I Perlis USM dengan kerjasama dan sokongan utuh daripada Pusat Rancangan Kokurikulum USM.

Sejajar dengan yang inisiatif KPT yang berteraskan KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), program ini memfokuskan isu-isu kesihatan mental dan menguruskan tekanan dengan kaedah yang betul.

Program ini telah berjaya memberi impak positif kepada lebih 300 peserta melalui ceramah yang di sampaikan oleh Professor Dr. Huzili bin Hussin, pakar dalam bidang psikologi kaunseling dengan tajuk ceramahnya iaitu ‘Tanggani Tekanan dan Stress Belia dan Mahasiswa Abad 21’ dan Professor Madya Midhat Nabil bin Ahmad Salimi yang merupakan ahli kejuruteraan kimia telah berkongsi perjalanan pendidikan beliau melalui ceramahnya, ‘Lonjakan Kegagalan kepada Kecemerlangan: Rahsia dan Tips Kejayaan’.

Melalui dua ceramah ini, peserta didedahkan dengan cara-cara untul mengenal pasti gangguan mental, cara menanggani gangguan mental dan mengekalkan kesihatan mental serta bagaimana untuk memperoleh momemtun pelajar cemerlang.

Kedua-dua penceramah juga sempat berkongsi tentang kepentingan belia untuk memelihara kesihatan mental dan cara melepaskan tekanan dengan saluran yang betul.

Selain itu, penganjur program juga mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang kehidupan sebagai pelajar di institusi pendidikan tinggi Ketika slot ‘Senpai Sharing’ yang dikongsikan oleh saudari Fatin Azera, alumni Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan graduan lulusan Undang-Undang dan beberapa ahli jawatankuasa program.

Program ini diakhiri dengan pameran IPT, yang mempamerkan dan mengedarkan risalah serta bahan-bahan berkaitan pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sutan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 494

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024