USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MENANG 6 ANUGERAH PADA MALAM ANUGERAH TEATER MALAYSIA 2022

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah!

PULAU PINANG, 26 Oktober 2022 –Malam Anugerah Teater Malaysia 2022 yang berlangsung di Amphiteater, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Sabtu lalu menyaksikan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Dewan Budaya dan Pusat Pengajian Seni (SOTA) berjaya menggondol enam anugerah daripada 13 pencalonan.

Anugerah-anugerah yang dimenangi adalah:

Kategori Teater Tradisional

FC47FB71 7099 44C6 9DE8 4687B8238640

1. Pelakon Wanita Terbaik – Nur Liyana Che Muhammad - Makyung Dewa Indera Indera Dewa oleh Kumpulan Seri Makyung USM, Dewan Budaya USM

2. Keseluruhan Teater Tradisional Terbaik – Makyung Dewa Indera Indera Dewa oleh Kumpulan Seri Makyung USM, Dewan Budaya USM

Kategori Teater Moden

4DAD69E3 AE84 49DB 8AA1 333CC654F944

3. Pelakon Lelaki Terbaik – Mohd. Zamri Salleh (Pusat Pengajian Seni) - Seorang Tua Di Kaki Gunung

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Norhelmi Othman (Dewan Budaya) - Teater TIVI oleh Pusat Pengajian Seni

7BA64C90 EC48 4443 B580 91414A5D9FED

5. Keseluruhan Teater Moden Terbaik – Seorang Tua Di Kaki Gunung - Pusat Pengajian Seni

6. Keseluruhan Sinografi Terbaik – Seorang Tua Di Kaki Gunung - Pusat Pengajian Seni

Malam Anugerah Teater Malaysia 2022 dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Ia merupakan program penjenamaan semula dari Festival Teater Malaysia, bermatlamat memberi pengiktirafan kepada semua penggiat teater Malaysia dalam pelbagai kategori dan genre.

Penilaian dibuat bagi kegiatan/aktiviti teater yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 hingga Ogos 2022. Terdapat 30 kategori anugerah yang dipertandingkan.

Teks: Tan Ewe Hoe/Poster: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 528

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024