USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEKRETARIAT KEARIFAN TEMPATAN USM ANJUR PEKAN BUDAYA

4D780B26 72CE 4E52 A626 C25175F92553

USM PULAU PINANG, 23 Oktober 2022 – Sekretariat Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan program bertajuk Pekan Budaya secara bersama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pembangunan Keusahawanan Pulau Pinang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Pulau Pinang (PERDASAMA).

Bertemakan ‘Keusahawanan Satu budaya’, program yang julung kali diadakan itu akan berlangsung selama 3 hari dari 25 – 27 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari – 10.00 malam, di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM.  

Menurut ketua Projek Pekan Budaya, Dr. Shida Irwana Omar, dari Pusat Pengajian Seni USM, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti jualan dan pameran makanan, pakaian, peralatan, hasil seni kraftangan tradisional, jualan food truck, dan beberapa lagi pengisian yang berkonsepkan keusahawanan dan budaya.

“Selain itu terdapat juga pertandingan nyanyian lagu malarsegar (evergreen); pertandingan pakaian tradisional; pertandingan dam haji; dan pertandingan bow & arrow (memanah).

“Semua warga kampus dan sekitar Pulau Pinang dijemput hadir untuk memeriahkan program ini, dan pihak penganjur berharap aktiviti dan pengisian yang disajikan akan mendekatkan lagi mereka yang berkunjung ke program ini dengan warisan kebudayaan kita,” katanya.  

Upacara penutup Pekan Budaya akan berlangsung pada 27 Oktober 2022, pada jam 10.00 pagi dan dijangka akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan isteri serta beberapa kenamaan dalam kalangan penaja.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, yang kini Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM, dijangka hadir juga pada majlis penutup program tersebut nanti.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 423

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024