USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ProLIKE@USM KOLABORASI BHEPA-KWSP PULAU PINANG TINGKATKAN LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

WhatsApp_Image_2022-10-24_at_7.15.42_PM.jpeg

USM PULAU PINANG, 18 Oktober 2022 – Lebih 1,000 orang pelajar daripada peringkat sarjana muda dan siswazah membanjiri Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM pagi ini untuk menghadiri program Literasi Kewangan (ProLIKE@USM) anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pulau Pinang.

Timbalan Naib Canselor HEPA USM, Profesor Dr. Azlinda Azman menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program yang berimpak besar ini, dan berharap pelajar yang hadir memperolehi ilmu dan pendedahan khususnya dalam perancangan kewangan bagi mendepani era globalisasi.

“Selain itu, pihak USM dan KWSP turut berharap program ini dapat meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa khususnya dari segi kemahiran merancang perbelanjaan peribadi, kemahiran mengurus risiko kewangan, kemahiran menyusun keperluan kewangan mengikut keutamaan, tahu membezakan antara kehendak dan keperluan serta strategi tabungan yang efektif,” kata Azlinda.

WhatsApp_Image_2022-10-24_at_7.15.43_PM.jpeg

Pelajar dan staf yang beragama Islam juga berpeluang untuk membuka akaun i-KWSP dan akaun Tabung Haji secara percuma.

Pelajar turut mendapat manfaat khairat kematian dengan jumlah perlindungan RM2,500 bagi akaun yang aktif.

KWSP juga mengumumkan akan memberi sumbangan kepada 200 orang pelajar B40 melalui sumbangan terus ke i-akaun pelajar.

WhatsApp_Image_2022-10-24_at_7.16.56_PM.jpeg

Turut hadir daripada BHEPA USM ialah Jelfariny Mohd Jelahni (Timbalan Pendaftar) dan Sheilawanis Abdul Karim (Penolong Pendaftar Kanan yang juga Penyelaras Program); daripada pihak KWSP, Tuan Haji Jeffary Mat Isa (Ketua Wilayah KWSP); Mahmud Shauqi Ahmad (Ketua Cawangan KWSP Seberang Jaya); Hajah Hafizah Hameed (Pengurus Seksyen Caruman Kewangan, KWSP Pulau Pinang); dan pegawai-pegawai KWSP Zon Utara.

Teks asal & Foto: Sheilawanis Abdul Karim (BHEPA)/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 532

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024