USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

38 GRADUAN ‘PROFESSIONAL DIPLOMA IN ELECTRONICS AND AUTOMATION WITH EQUIPMENT HANDLING FOR MANUFACTURING’ TAMAT PENGAJIAN

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 6

NIBONG TEBAL, 17 Oktober 2022 – Dua kumpulan pertama yang terdiri daripada 38 orang graduan ‘Professional Diploma in Electronics and Automation with Equipment Handling for Manufacturing’ (PDEAM) berjaya menamatkan pengajian dalam satu majlis graduasi yang diadakan di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini pada 24 Ogos yang lalu.

Melalui Unit Bisnes Aeroangkasa (ABU), Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK Aeroangkasa) telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pakar dalam bidang-bidang seperti Mekanikal, Pembuatan, Elektrik dan Elektronik, Aeroangkasa dan Sains Komputer demi mewujudkan satu kursus automasi profesional yang dikhususkan kepada mereka dari kalangan pekerja industri tempatan.

Berikut dinyatakan oleh Dekan PPK Aeroangkasa, Profesor Dr. Farzad Ismail yang mana menurut beliau lagi, ini adalah seiring dengan aspirasi USM dalam melahirkan industri dan komuniti tempatan yang peka dengan keperluan masa hadapan.

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 5

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 4

“Perkara ini termasuk memberi persediaan yang mencukupi kepada semua pelajar melalui automated processes in trans-disciplinary supaya mereka kekal relevan dan sentiasa peka akan kehendak semasa revolusi industri 4.0,” tambahnya.

Bagi Ketua Operasi Strategik USAINS Holding Sdn Bhd, Tuan Haji Muhamad Sabri Said, beliau turut berbesar hati di atas langkah proaktif universiti dalam menyokong dan meningkatkan program peningkatan kemahiran di peringkat sijil dan diploma profesional seperti ini.

“Kejayaan serta usaha seperti ini adalah penting dalam menunjukkan bahawa USM sememangnya layak untuk berada sebaris dengan universiti di negara-negara maju lain dan diploma profesional ini juga jelas akan membantu graduan dalam meluaskan horizon pembelajaran masing-masing,” katanya.

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 3

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 2

Sebuah program yang diwujudkan khas untuk Analog Devices Sdn. Bhd., PDEAM bertujuan untuk menerapkan kemahiran dan pengetahuan pelajarnya dalam proses production yang sebenar melalui beberapa modul kepada beberapa peringkat kumpulan pekerja terpilih seperti operator, line leader dan penyelia.

Selain itu, objektif utama di sebalik program ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar serta kakitangan yang terpilih, supaya mereka lebih berdaya saing, berkemahiran dan berpengetahuan dalam organisasi masing-masing kelak.

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM 1

WhatsApp Image 2022 10 25 at 10.26.56 AM

Mewakili Pengarah Urusan Analog Devices, Shaidatul Akhmar Abdullah dalam ucapannya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan syarikat tersebut kepada USM, tenaga pengajar dan semua yang terlibat di sebalik diploma profesional ini.

“Kami juga menghargai usaha berterusan semua pihak dalam memastikan kelancaran program ini dan profesionalisme setiap seorang daripada anda dalam menyokong serta meningkatkan kemahiran teknikal kakitangan kami sehingga mereka bergraduasi,” tambah Shaidatul.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 457

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024