USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEJARAH TERUKIR - NAIB CANSELOR LANCAR PUSAT PERUBATAN USM BERTAM

BERTAM, 5 Oktober 2022 – Satu lagi catatan sejarah terukir apabila Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan melancarkan secara rasmi Pusat Perubatan USM Bertam di sini pada 21 September yang lalu.

WhatsApp Image 2022 10 25 at 2.35.12 PM

Pusat Perubatan USM Bertam akan memberi satu lagi perkhidmatan rawatan kesihatan kepada orang ramai dan ia disasarkan akan dimajukan sebagai sebuah hospital penuh pada 2026 nanti.

Yang hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim; Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; dan Pengarah Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

WhatsApp Image 2022 10 25 at 2.34.30 PM

Pusat Perubatan USM Bertam adalah penjenamaan semula Perkhidmatan Klinikal IPPT yang menjadi pusat latihan dan penyelidikan kepada pelajar di samping memberi rawatan kepada pesakit.

Pusat tersebut menjadi sebahagian daripada perkhidmatan Hospital USM yang berada di Kubang Kerian Kelantan dan akan menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan pergigian termasuk untuk pesakit kanser/onkologi.

Ia mempunyai kepakaran dan fasiliti termasuk 27 buah katil wad pesakit dalam, unit rawatan rapi (ICU), wad radioiodin, teater pembedahan, endoskopi dan lain-lain di samping fasiliti dan makmal untuk rawatan pergigian.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut melancarkan Pusat Sumber Penyakit Buah Pinggang Kronik, Program Clinical Fellowship PPUSMB – IPPT dan Sambutan Program ‘Outreach’ Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) peringkat IPPT.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 396

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024