USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC AKADEMIK & ANTARABANGSA JALANKAN FUNGSI NAIB CANSELOR USM

Prof Narimah 078

USM PULAU PINANG, 3 Oktober 2022 – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bersetuju melantik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuatkuasa 4 Oktober 2022 sehingga urusan pelantikan Naib Canselor USM dimuktamadkan.

Narimah, anak kelahiran Perlis yang juga Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan mempunyai pengalaman luas dan tumpuan penyelidikannya adalah dalam bidang Geografi.

Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Texas, USA pada tahun 1990 dan menyambung Ijazah Sarjana di USM pada 1995. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di University of Leeds, United Kingdom pada 2002.

Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermula Januari 2016 sehingga April 2021.

  • Created on .
  • Hits: 925

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024