USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SCAMMER: PENIPUAN TERANCANG ATAU KITA SENANG TERTIPU?

USM 8222

USM, PULAU PINANG 18 Sept. 2022 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Kelab Jasa Budi USM telah menganjurkan program ceramah bertajuk “Scammer: Penipuan Terancang Atau Kita Senang Tertipu?” bertempat di Canselori II di sini pada 16 Julai 2022.

Ceramah disampaikan oleh Penasihat Undang-undang USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi dan program tersebut dihadiri oleh ahli Kelab Jasa Budi yang merupakan pesara-pesara USM.

Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan mengenai modus operandi yang sering digunakan oleh penjenayah scammer, selain dapat mengeratkan hubungan di antara ahli kelab.

Menurut Khairul, warga tua dan pesara sering menjadi sasaran penjenayah scammer memandangkan mereka ini antara golongan yang mempunyai simpanan wang yang banyak selain turut mempunyai pencen bulanan.

USM 8405

Beliau juga berkongsi tentang teknik penyamaran yang kerap digunakan penjenayah scammer untuk memperdaya mangsa dan mengakibatkan kerugian wang yang banyak.

Beliau berharap dengan perkongsian ini dapat membantu peserta untuk mengelak daripada menjadi mangsa penjenayah scammer yang semakin berleluasa.

Yang Dipertua Kelab Jasa Budi USM, Dato’ Azman Abdullah dalam ucapannya berterima kasih kepada ahli kelab yang dapat meluangkan masa untuk hadir dan berharap agar selepas ini akan ada program susulan dan pelbagai aktiviti yang dapat melibatkan lebih ramai lagi ahli kelab.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Kelab Jasa Budi USM, Encik Azhan Samsudin; Mantan Pendaftar USM, Profesor Emeritus Dato' Dr. Abd. Aziz Tajuddin; Mantan Pensyarah USM, Profesor Emeritus Dato' Dr. Morshidi Sirat; Mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri Datin Dr. Siti Aishah Knight Abd Sattar; mantan Pengurus CIMB Bank Cawangan USM, Encik Md. Kamarulzaman Md. Yusof dan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad.

Teks: Nurhidayah Shahbuddin

  • Created on .
  • Hits: 587

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024