USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM USM+1 BUKA PELUANG KEPADA YANG TIDAK TERPILIH IKUTI PENGAJIAN MELALUI UPU

EE99F26E C0B2 4D0D B190 1A92245F2FBE

USM PULAU PINANG, 26 Sept. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) membuka peluang kepada calon yang tidak terpilih mengikuti pengajian sepenuh masa melalui UPU.

Pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 adalah saluran khas kemasukan pelajar bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda.

Melalui saluran ini, 48 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian sesi kemasukan April dan Oktober 2022.

Program yang ditawarkan melalui USM+1 ialah program yang dilaksanakan secara "full fees" atau yuran penuh tanpa subsidi. Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.

USM+1 menawarkan 48 program pengajian: https://pohon.usm.my/t_t20.php

Yuran pengajian USM+1 boleh disemak di: https://pohon.usm.my/dokumen/2021_2022/YURAN_USM_1.pdf

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Amirul Asyraf Mohd. Suhaidi, Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori USM, 11800 USM Pulau Pinang. Tel: 04-653 2688; Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Created on .
  • Hits: 437

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024