NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERDASAMA
USM PULAU PINANG, 28 Sept. 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pedagang dan Usahawan Melayu Malaysia (PERDASAMA) Pulau Pinang.
Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama dengan pihak USM serta meninjau peluang-peluang latihan dan perniagaan untuk disertai ahli PERDASAMA.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk program libatsama yang melibatkan keusahawanan serta kepakaran universiti yang boleh membantu pihak PERDASAMA untuk membangunkan komuniti.
Selain itu, turut dibincangkan ialah Program Pekan Budaya Pulau Pinang 2022 yang dicadangkan pada bulan Oktober 2022 dan program dalam sektor pelancongan yang akan melibatkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Pulau Pinang dan Persatuan Nelayan Pulau Pinang, yang mana program tersebut diusulkan untuk diadakan secara bekerjasama dengan pihak USM.
Hadir sama pada kunjungan tersebut adalah Yang Di-Pertua PERDASAMA Pulau Pinang, Malik Faisal; Pengerusi Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang, Dato’ Abdul Rashid Ismail; pensyarah-pensyarah universiti Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan serta Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM (CEMACS).
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Poster & Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Ihsan Abu Bakar
- Created on .
- Hits: 526