USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKENAL PROGRAM AGRO-KEUSAHAWANAN PELAJAR

308912058 5602687153125605 6682632519404209837 n

USM PULAU PINANG, 28 Sept. 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini melancarkan program Agro-Keusahawanan sebagai salah satu bidang utama untuk diterokai melalui Pusat Rancangan Ko-Kurikulum USM.

Program Agro-Keusahawanan akan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar “WUS101-Teras Keusahawanan” mulai semester akan datang sebagai salah satu bidang penyumbang utama peluang pekerjaan baru, sekaligus menerokai pembangunan ekonomi negara.

Naib Canselor memuji usaha yang dilakukan dan menyarankan pelajar yang mempunyai idea perniagaan boleh mengambil bahagian dalam program Pitch@USM untuk diberikan suntikan modal awal.

Syarikat JJ Hygrotech Sdn. Bhd., A&H Smart Venture Sdn. Bhd. dan SugarBomb Worldwide menjadi rakan industri yang bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar dari segi menguruskan perniagaan.

Syarikat JJ Hygrotech misalnya membantu perniagaan berorentasikan agro seperti Penggunaan Sistem Penanaman Menggunakan Solar, Kaedah Menyediakan Baja, Penjagaan dan Pengawasan, Kaedah Penjualan, Promosi Berkesan dan pelbagai lagi.

Matlamat utama pendidikan keusahawanan USM ialah untuk membentuk pelajar sebagai pencipta kerja (job creator) yang berpotensi dan bukan sebagai pencari kerja (job seeker).

308950342 5602687323125588 5547361303651456965 n

Antara penekanan yang diberi ialah penanaman agro melalui penggunaan tenaga solar yang merupakan konsep pembangunan lestari. Konservasi dan preservasi terhadap ekosistem USM amat penting supaya semua masyarakat kampus sedar tentang kesan terhadap kemusnahan persekitaran yang juga memberi impak terhadap sosial dan ekonomi.

Pada majlis yang sama, wakil SugarBomb Worldwide, Fatin Afiqah Mohd Liza menyampaikan sumbangan RM9,000 dalam bentuk produk untuk diusahakan oleh pelajar.

Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; dan Pengarah Pusat Rancangan Ko-Kurikulum USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 443

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024