USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENGOPI 2.0 - PENGASAS PRODUK SELURUH MALAYSIA BERHIMPUN DI USM

306144194 5599222933472027 7813067420224725650 n

USM, PULAU PINANG, 27 September 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi telah menganjurkan program bicarawara, Mengopi 2.0 pada 24 September 2022 lalu di Dewan Tuanku Syed Putra yang merupakan kesinambungan kepada Mengopi 1.0 yang membawakan pengasas-pengasas produk terkenal ke satu majlis perkongsian ilmu.

Mengopi 2.0 berjaya mengumpulkan usahawan-usahawan produk yang berjaya dan terkenal seperti Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali, Dato’ Haji Alias Haji Ali, Pengasas Mokti’s Ice Cream Gula Apong, Pengiran Muhammad Adil Awang Iskander Dzulkarnein, dan Pengasas serta Pengarah Urusan Jutawan Produk Holding Sdn. Bhd., Dato’ Kamarul Arifin.

Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahmd Adikan dalam ucapan perasmian beliau menyatakan kegembiraan atas kehadiran semua pengusaha produk ke USM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta untuk mendapatkan ilmu yang pastinya bermanfaat bagi mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Felo Keusahawanan USM yang telah dilantik mengikut kepakaran bidang masing-masing di akhir majlis.

Bagi Pengarah Program yang juga Pemilik Restoran Gudang Makan dan syarikat perkhidmatan catering, De Pauh Garden, Encik Nor Azman bin Abu Bakar, Kejayaan program Mengopi 1.0 telah memberi semangat kepada sekretariat untuk kembali ke USM bagi menganjurkan Mengopi 2.0.

“Dengan konsep yang masih sama, kami bawakan pengasas-pengasas produk yang tular ke satu pentas untuk menaikkan semangat para usahawan yang lain,” katanya.

Turut hadir sama ke program Mengopi 1.0 ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Presiden Persatuan Usahawan Negeri Pulau Pinang merangkap Rakan Strategik Program Mengopi 2.0., Datuk Dr. Sr. Muhamad Farid Saad.
 
Teks : Luqman Jasni
Foto : Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 687

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024