USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKUM 2022 - USM CEMERLANG RAIH 16 EMAS

USM PULAU PINANG, 25 Sept. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) mempamerkan kecemerlangan mengutip 16 pingat Emas, 11 Perak dan 11 Gangsa dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Ke-44 (SUKUM) 2022 yang melabuhkan tirainya di Universiti Putra Malaysia (UPM) kelmarin.

WhatsApp_Image_2022-09-25_at_5.59.15_PM.jpeg

Pencapaian 38 pingat secara keseluruhan itu membolehkan USM berada di tempat ketiga secara keseluruhan daripada 21 kontinjen yang mengambil bahagian.

Seramai 180 atlet dari kontinjen USM menyertai kejohanan kali ini dalam 7 acara sukan yang dipertandingkan.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh barisan atlet, pengurusan dan semua yang melakarkan kejayaan bagi SUKUM 2022 kali ini dan semoga kejayaan ini akan terus dijadikan motivasi dan bekalan untuk kejohanan SUKUM akan datang.

Kontinjen USM ke SUKUM 2022 yang berlangsung dari 17 hingga 24 September 2022 ini telah diketuai oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan merangkap Ketua Kontinjen, Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria.

Pungutan Pingat USM:

  • Berbasikal - 1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa
  • Bola Sepak - 1 Perak
  • Olahraga - 9 Emas, 7 Perak, 4 Gangsa
  • Petanque - 1 Emas, 2 Gangsa
  • Ping Pong - 4 Emas, 1 Gangsa
  • Tenpin Boling - 1 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 430

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024