USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GUNAKAN KEBIJAKSANAAN LAHIR SISWAZAH BERHATI MULIA

290813 - 1

PULAU PINANG, 27 Ogos 2013 - Setiap warga universiti seharusnya bekerja merentasi benteng institusi dan disiplin dan meruntuhkan benteng yang menghalang dalam memastikan berupaya untuk menzahirkan kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti bersama.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menyeru seluruh warga universiti awam untuk bersama-sama berbuat demikian tanpa hanya memikirkan institusi sendiri.

290813 - 2

 

Berucap meraikan lebih 300 orang peserta Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-11 (SKETMA11) 2013 dalam majlis makan malam di kediaman rasmi Naib Canselor, Anjung Jannatun di sini, Omar berkata, kekuatan dapat digandakan melalui cara meruntuhkan segala benteng halangan yang ada.

“Tanggungjawab kita yang lebih berat ialah untuk menggunakan segenap kebijaksanaan yang ada untuk membantu misalnya menghasilkan siswazah yang cemerlang iaitu mereka yang berhati mulia dengan penuh kebijaksanaan, bukan sekadar melahirkan siswazah yang hanya mempunyai ijazah,” kata Naib Canselor.

290813 - 3

 

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM Profesor Muhamad Jantan, ahli Lembaga Gabenor USM  yang juga Penasihat SKETMA11 Profesor Datuk Dr. Omar Shawkataly dan Presiden Staf Makmal USM dan juga Pengarah SKETMA11 Mohd Nizam Bakar.

SKETMA11 dianjurkan oleh Persatuan Makmal USM bersama-sama Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA SeMalaysia dan USM yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah kelmarin.

Naib Canselor USM itu juga menyeru semua peserta persidangan dan warga universiti untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anak muda dan menggunakan seluruh kebijaksanaan untuk tujuan tersebut.

DSC 0095

 

“Kita perlu sedar bahawa apa yang sebenarnya diharapkan oleh semua pemegang taruh ialah untuk kita melahirkan siswazah cemerlang yang baik dari segi akhlak dan moralnya, berpekerti mulia dan dapat berbakti kepada negaranya dan tentunya ini memerlukan kebijaksanaan dari semua yang terlibat bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai,” kata Omar. - Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1281

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024