USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN KERJA PANGLIMA LATIHAN TD KE PALAPES USM

USM PULAU PINANG, 22 Sept. 2022 – Panglima Latihan Tentera Darat (TD), Mej. Jen. Dato' Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim melakukan lawatan kerja ke PALAPES Universiti Sains Malaysia (USM) bersempena Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih PALAPES USM pada 20 September 2022.

1E91C78E F784 4301 B8CD 2B5592526F53

Acara dimulakan dengan penyampaian taklimat Semak Stok Khas Pertukaran Ketua Jurulatih oleh Ketua Jurulatih, Mej. Noor Yahya Sulaiman.

Seterusnya, Panglima Latihan TD menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih di antara Mej. Noor Yahya Sulaiman dan Lt. Kol. Ahmad Fuad Othman serta sesi dialog bersama Pegawai dan Staf PALAPES USM.

Lawatan diakhiri dengan Panglima Latihan TD melakukan kunjungan hormat kepada Naib Canselor USM, Kol. (K.) Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di Pejabat Naib Canselor selaku Komandan PALAPES USM.

Lawatan ini selaras dengan Tonggak Kedua dan Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi dan Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.

Turut hadir, Ketua Cawangan Pengurusan Latihan, Lt. Kol. Hazrin Yahya; Ketua Cawangan Latih PALAPES USM, Mej. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Hazizan Mohd Hashim dan wakil pegawai dari PALAPES Udara USM.

Teks: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 697

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024