USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REUNION ANGKASARAN MENGGAMIT MEMORI INDAH 50 TAHUN

USM PULAU PINANG, 14 Sept. 2022 – Pusat Pengajian Seni bersama Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil satu lagi inisiatif dengan mengadakan majlis perjumpaan semula yang digelar Reunion ANGKASARAN “Panggung Sasaran USM 50 Tahun 1972-2022” pada 16 Julai 2022 yang lalu.

DDFC9638 85FE 4F32 851C 2164FEEDFF53

Majlis tersebut dianjurkan bagi mengenang usia 50 Tahun panggung ini selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Alumni dan USM, serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar drama dan teater bertemu untuk menerima suntikan motivasi apabila mereka menamatkan pengajian nanti.

Panggung Sasaran diibaratkan sebagai sebuah “makmal” bagi meluahkan ekspresi kreatif pelajar-pelajar jurusan drama dan teater sejak kursus ini ditawarkan di USM pada tahun 1971.

Ia pernah digunakan sebagai lapangan sasar latihan menembak oleh pihak tentera British suatu masa dahulu sebelum dikenali sebagai Blok 86 pada tahun 1972.

095BF98E 2115 434C 80CA 89020F0BAA4B

Pensyarah teater ketika itu, Tone Brulin yang berasal dari Belgium berpendapat mereka harus memiliki sebuah nama yang khusus dan para pelajar mencadangkan nama Sasaran untuk digunakan.

Pelajar yang terlibat pula menggelarkan nama kumpulan mereka sebagai Angkasaran.

Kumpulan Angkasaran sejak itu telah mengadakan teater di seluruh pelosok negara sehinggalah dapat mementaskan drama berjudul “Naga-Naga Dimana Kau, Naga-Naga Siapa Kau” di Taman Ismail Marzuki Jakarta, pada tahun 1974.

Majlis yang dianjurkan itu berjaya mengumpul seramai lebih 60 orang alumni Panggung Sasaran dari 70-an, 80-an, 90-an dan milenium.

5161BCD2 2540 46A9 9EB5 30B814618424

Antara alumni yang hadir adalah Dato’ Azahar Abu Bakar (Mantan Ketua Pengarah Istana Budaya); Dato’ Ahmad Tamimi Siregar (Industri Perfileman); Dato’ Mahd Najib Ahmad Dawa (Mantan Ketua Pengarah Balai Seni Negara); Rosnan Nordin (Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara); Shapee Che Embi (Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang) serta Dr. Zainal Abdul Latiff, (Mantan Pensyarah Universiti Malaya) yang merupakan tokoh Alumni paling senior, batch kedua 1973.

Pelbagai reaksi dapat kita saksikan, yang mana semua alumni ibarat kembali ke zaman muda mereka dengan melihat kelibat rakan seperjuangan yang mungkin telah lama terpisah.

E273A2E5 1FCE 42FB B0D1 D2AA56AD925D

Seperti pepatah mengatakan, air yang dicincang tidak akan putus.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 688

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024