KUMPULAN TERAWAL ALUMNI MINDEN JOKERS KEMBALI KE KAMPUS: IMBAU KEMBALI ASAL USUL PENUBUHANNYA DAN NOSTALGIA KEHIDUPAN KAMPUS
USM PULAU PINANG, 14 Sept. 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan baru-baru ini menerima kunjungan seramai lebih kurang 25 orang alumni USM yang merupakan kumpulan terawal yang menubuhkan Minden Jokers iaitu pasukan ragbi USM pada tahun 1979.
![]()
Program yang dinamakan “Minden Jokers Homecoming & Reunion 2022” julung-julung kali diadakan dan ada antara ahlinya yang teruja menjejakkan kaki kembali di bumi Minden setelah 42 tahun meninggalkan kampus.
Mereka juga teruja bertemu kembali teman-teman seperjuagan dahulu dan melihat pembangunan kampus yang telah berubah semakin pesat berbanding zaman mereka dahulu.
![]()
Program tersebut diselaras oleh Ab Jabbar Abdullah dan dibantu oleh Dato’ Seri Mortadza Nazarene beserta ahli-ahli lain yang merupakan alumni Minden Jokers terawal.
![]()
Turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Olahraga USM itu pada 25 Jun 2022 yang lalu ialah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Idrus Haji Rapie, dan kira-kira 40 orang pelapis Minden Jokers USM.
Teks: Zamzami Rasidi/Foto: Shahnizam AB Rahim
- Created on .
- Hits: 603