USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAN SRI JAMALUDIN IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI FELO INDUSTRI TERSOHOR USM

USM PULAU PINANG, 15 Sept. 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd yang juga Pengerusi Capital A (AirAsia Aviation), Tan Sri Jamaludin Ibrahim di Pejabat Naib Canselor, di sini.

09213F51 2A4B 47C8 B28D BB8E53F82505

Dalam perjumpaan yang amat bermakna itu, kedua-dua pihak berkongsi tentang jalinan kolaborasi menerusi pendekatan korporat untuk mewujudkan kerjasama melalui program pendidikan, penyelidikan dan latihan dalam bidang yang berkaitan.

Dalam perjumpaan itu juga, Naib Canselor mengambil kesempatan untuk menyampaikan watikah pelantikan Felo Industri Tersohor USM kepada Tan Sri Jamaludin atas sumbangan, ketokohan korporat dan daya usaha beliau dalam jalinan kerjasama dengan pihak Pusat Pengajian Pengurusan USM.

9B4E3F77 4837 4376 906F E69EB4E9B33E

Turut hadir sama adalah Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad dan Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa) Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Madya Dr. Siti Rohaida Mohamed Zainal.

Tan Sri Jamaludin kemudiannya telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pengurusan, yang mana beliau diberi taklimat tentang pencapaian pusat pengajian oleh Dekan dengan kehadiran warga pusat pengajian.

CD2C2314 0AB7 4499 A202 35E351D5B447

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Poster & Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Ihsan Abu Bakar

  • Created on .
  • Hits: 486

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024