USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR AJAK WARGA CEKAL DAN KENTAL HADAPI MASA HADAPAN DAN CARI KEBERKATAN

USM PULAU PINANG, 15 Sept. 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengajak warga kampus supaya lebih cekal dan kental serta bersedia menghadapi segala kemungkinan.

6CA7F8FA 282A 4071 9ACA 0873A22DEC8B

"Kita telahpun cekal dan kental mengharungi cabaran pandemik COVID-19 dan kita mempunyai pilihan untuk mengambil jalan yang betul tetapi sukar atau mengambil jalan yang mudah tetapi belum tentu betul.

"Sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab terhadap setiap pencapaian atau kegagalan. Tugas ini bukan mudah. Ini adalah sebagai sebahagian dari usaha membina sebuah negara bangsa," kata Naib Canselor.

959486C8 8AEC 43E3 B8D4 B2696135E9CB

Beliau bercakap kepada kira-kira 500 orang warga kampus yang hadir dalam Sesi Libatsama Naib Canselor dengan Warga Kampus petang ini. Kira-kira 3,000 orang lagi mengikuti secara dalam talian di media sosial.

Kelmarin, lebih 6,000 orang mengikuti sesi yang sama dalam Bahasa Inggeris melalui dalam talian di media sosial di samping kira-kira 600 orang hadir mengikutinya secara bersemuka.

B3B9BED0 FFAC 42FC AC35 DFA65A31158E

USM berjaya mencapai banyak perkara kerana adanya warga yang komited, kepimpinan yang baik sejak sekian lama, sumber terutama kewangan dan rakan kongsi (partners).

"Kejayaan ini perlu dirasai di jiwa seluruh warga sama ada menyentuh secara langsung atau tidak dengan kejayaan yang dicapai," kata beliau.

Naib Canselor menegaskan antara kejayaan USM ialah penjimatan dalam projek-projek pembangunan yang dilakukan yang dipulangkan kepada warga USM untuk kebajikan dan faedah bersama.

Beliau membentangkan pencapaian USM selama ini termasuk cemerlang dalam kebolehpasaran graduan, pencapaian pelajar dalam pelbagai aktiviti seperti pelancaran roket HEBAT dengan kemampuan mereka menjana dana, penyediaan infrastruktur baharu kepada pelajar serta beberapa inisiatif baharu seperti program Life dan Metalife untuk meningkatkan kemahiran pelajar menguasai pengalaman serta persediaan menghadapi cabaran hidup.

E4D9B084 65D3 4B1F BF91 C0837F862638

"Kita juga sentiasa menjaga kebajikan warga staf termasuk memberi peluang latihan dengan peruntukan khas yang besar termasuk menghantar ke luar negara, pemberian rebat komputer riba, menjaga kebajikan anak-anak dan Orang Kelainan Upaya (OKU), meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan banyak usaha lain lagi secara berterusan.

"Malah kita berusaha meningkatkan dana untuk bantuan khairat kematian kepada staf," kata Naib Canselor.

F672FED5 0369 438A 8F2E 19C1E6BA7CBF

Tegas beliau, yang penting apa yang kita lakukan memberi impak kepada setiap warga universiti dan negara dan sepatutnya turut dirasai dan diraikan kejayaannya.

Menjawab satu soalan, Faisal Rafiq mengajak seluruh warga USM mencari keberkatan dalam usaha yang dibuat.

"Saya sentiasa teruja dan seronok datang bekerja setiap hari kerana merasai yang hidup kita diberkati apabila membantu orang untuk cari ilmu dan mengubah kehidupan mereka.

"Apatah lagi apabila melihat kejayaan pelajar dalam memberi sumbangan kepada orang lain terutamanya keluarga mereka," kata beliau.

A7C1F9BC 6910 42A6 9C17 624AC8F49317

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 336

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024