NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT CMDF
PULAU PINANG, 27 Ogos 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat ahli jawatankuasa induk Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja (Central Committee of Cambodian Muslim Development Foundation, CMDF), Encik Tres Mansor, yang bercadang mewujudkan Kursi Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM di salah sebuah universti terkemuka di Kemboja.
Dengan adanya Kursi ini, USM dapat menjalin kerjasama dengan CMDF untuk menghantar tenaga pengajar dan penyelidik ke Kemboja bagi membantu dalam program-program yang dapat meningkatkan kualiti hidup umat Islam di Kemboja.
Turut sama dalam perjumpaan ialah Timbalan Pengarah ISDEV Dr. Zakaria Bahari dan pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei.
Tres Mansor yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam dan ahli MUFTI Kemboja berada di Pulau Pinang untuk menghadiri seminar 2 hari “5th National Seminar on Hajj Best Practices on Crowd & Health Issues During Hajj” di bawah anjuran Kluster Penyelidikan Haji USM di sebuah hotel terkemuka di sini. - Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1042