USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM SAKSI TEATER MUSAFIR – ADAPTASI NOVEL HASAN ALI

USM PULAU PINANG, 12 September 2022 - Pusat Pengajian Seni USM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Utara) akan menganjurkan Pementasan Teater Musafir sempena Pesta Teater USM.

Teater Musafir merupakan adaptasi daripada novel Hassan Ali yang ditulis oleh Fatimah Manaf dan arahan Azrul Azizi Amirul mengisahkan mengenai Leman atau nama sebenarnya Lee Han, bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Statusnya sebagai mualaf mengundang cinta, persahabatan dan silaturrahim sesama manusia. Namun, tidak kurang juga yang membenci,memandang hina dan meremehkan harga dirinya.


Dia telahpun diusir dari satu kampung ke kampung yang lain dan menjadi pelarian gara-gara rasa benci Lebai Karim juga cinta Halimah, akhirnya mempertemukan Leman dengan cinta hatinya, Maimun. Saat Leman merasa kehilangan, rahsia yang cuba disembunyikan selama ini, kembali terungkap dengan kehadiran Yusof dan Ramlah. Lalu Leman kembali bermusafir, menempuh cabaran baharu yang menguji keimanan dan cinta. Apakah yang bakal Leman hadapi di tempat dan masa yang lain?

Jangan lupa datang beramai-ramai bersama kawan dan keluarga untuk menonton Teater Musafir. Harga tiket pelajar adalah sebanyak RM 20 dengan menunjukkan Kad Pelajar, manakala untuk dewasa harga tiket dewasa adalah sebanyak RM 30.

Sila imbas kod QR atau klik pada pautan yang berikut untuk tempahan dan membeli tiket Teater Musafir:

Pautan: http://bit.ly/3qbXrNS

Teks: Gurvinderjit Singh Sidhu

  • Created on .
  • Hits: 605

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024