USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE AKADEMIK KEDUTAAN LIBYA DI MALAYSIA

IMG 0286

USM PULAU PINANG, 8 Sept. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada Atase Akademik Kedutaan Libya di Malaysia, yang diketuai Dr. Aiman Elmahmodi di Bilik Persidangan Canselori, di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat yang disambut oleh Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat itu antara lain membincangkan isu yang berkaitan kebajikan pelajar-pelajar Libya di USM.

Pertemuan santai di antara kedua-dua pihak turut merangkumi hal ehwal pelajar ijazah tinggi Libya, termasuk permasalahan urusan visa pelajar, urusan pembayaran yuran pengajian dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam tempoh pendemik yang sedikit sebanyak menjejaskan pengajaran serta pembelajaran dan lain-lain.

Selain itu, turut dibincangkan ialah berkenaan potensi kolaborasi program akademik antara USM dengan universiti awam di Libya dalam bentuk program pesisir ataupun usahasama penawaran dual degree atau double degree.

IMG 0293

Pihak kedutaan Libya juga menunjukkan minat dalam aktiviti mobiliti pelajar dan pertukaran staf khususnya program latihan dan pembangunan staf dari Libya di USM serta potensi kerjasama penyelidikan yang berkaitan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Delegasi Kedutaan Libya turut disertai oleh Penolong Atase Akademik, Dr. Mohamed A.M Ahssi dan Penolong Pegawai Kewangan, Husam Almishri A.M.

Manakala di pihak USM, hadir sama ialah Pengarah Pembangunan Korporat Strategik, Muhamad Sabri Said; Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Akademik dan Antarabangsa, Amirullah Zainal Abidin dan Penolong Pendaftar Kanan, Nor Ezliza Hasim.

Teks: Zamzami Rasidi/Suntingan: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 698

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024