USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEJOHANAN HOKI MRSM SE-MALAYSIA 2022 LABUH TIRAI HARI INI DI STADIUM HOKI USM

USM PULAU PINANG, 5 Sept 2022 – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau telah menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki MRSM Se-Malaysia anjuran Bahagian Pendidikan Menengah MARA yang telah berlangsung pada 2 hingga 5 September 2022 di Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia (USM).

AA501DA8 99AF 4D9D A9FC 2DBCBE696473

Sebagai Ikon MRSM, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan telah dijemput untuk menyempurnakan majlis perasmian penutup dan menyaksikan perlawanan akhir Kategori Lelaki antara MRSM dari Kedah dan Terengganu, yang berkesudahan dengan kemenangan buat MRSM Terengganu menewaskan MRSM Kedah 2-0.

E4F0D970 52CF 4C14 9A25 CFC5E38E8D79

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan jalinan mesra silaturahim dalam kalangan warga MRSM seluruh negara sama ada pelajar, guru mahupun masyarakat sekeliling tanpa mengira agama dan bangsa selain menjadi wadah kepada pembangunan dan kecemerlangan sukan di MRSM.

Pihak USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang, pihak penganjur dan semua pasukan yang bertanding.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Nor Amin Zainal Kamarudin

  • Created on .
  • Hits: 649

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024