USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DANA RM500,000 UNTUK BINA MAKMAL

usmzhulian

PULAU PINANG, 22 Ogos 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) menerima sumbangan berjumlah RM500,000.00 bagi menubuhkan beberapa buah makmal yang dipanggi Zhulian-USM Joint Laboratory. Makmal-makmal ini akan dilengkapi untuk projek pengajian dan penyelidikan termasuk pengajian siswazah di bawah program Teknologi Bioproses.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ahmad Shukri Mustapa Kamal, makmal-makmal ini terletak di bangunan baru yang telah dibina oleh USM dan akan dijadikan makmal untuk pelajar-pelajar siswazah.  

“Bagi pihak USM saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zhulian Marketing Sdn. Bhd. dengan kerjasama dan sumbangan-sumbangan yang diberikan. Sebagai sebuah universiti, kerjasama sebegini perlu diperluaskan dan ditingkatkan kepada skala yang lebih besar dengan jumlah yang lebih tinggi,” kata Ahmad Shukri pada sidang akhbar yang diadakan selepas majlis penyerahan mock cheque di pejabat Zhulian. 

“Sekarang adalah masa untuk menggalakkan lebih banyak industri menjalinkan kerjasama sebegini yang dapat memberikan faedah samada kepada industri dan juga perkembangan pendidikan pada masa ini,” tambah Ahmad Shukri. 

“Dengan kerjasama yang dijalinkan ini, para pelajar bukan sahaja daripada PPTI, malah dari semua pusat pengajian berpeluang untuk samada menjalankan latihan industri di Zhulian ataupun memohon untuk peluang pekerjaan di dalam bidang yang berkaitan,” kata Dekan PPTI, Profesor Dr. Rozman Din. 

Majlis penyerahan dana ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Zhulian yang dihadiri lebih 1000 orang ahli dan ketua Zhulian Marketing Sdn. Bhd.Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1214

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024