USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PENSYARAH USM TERIMA ANUGERAH KHAS DI AKRI 2022

PUTRAJAYA, 2 September 2022 – Tiga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mencapai kejayaan membanggakan apabila telah menerima pengiktirafan di Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2022 (AKRI 2022) yang telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

WhatsApp_Image_2022-09-02_at_12.29.54_PM.jpeg

Bagi Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka), Johan telah disandang oleh pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia, Dr. Norazzizi Nordin yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu pula, bagi Kategori Pentaksiran Alternatif, USM mendapat Naib Johan dan Tempat Ketiga masing-masing oleh pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Dr. Nasuha Lee Abdullah dan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Maklumat lanjut pemenang adalah seperti di bawah:

  • Johan - Projek Pembelajaran Imersif Spektroskopi Molekul melalui aktiviti kolaboratif menggunakan collactiFNote, SpectrAR, Struktur Molekul Augmented Reality dan Perkongsian Peta Minda.
  • Naib Johan - Projek Alternative Assessment for Consultancy Project and Practicum.
  • Tempat Ketiga - Projek Advancing Creativity Together (ACT): The Use of Triple ‘A’ (Authentic Alternative Assessment) and Its Impact on Students’ Learning.

Memetik kenyataan media dari pihak Kementerian Pengajian tinggi (KPT), anugerah khas berkenaan diadakan bagi mengiktiraf para pensyarah yang cemerlang, kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ia turut bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat institusi atau individu dalam empat kategori termasuk Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pengalaman Pembelajaran Imersif dan Pentaksiran Alternatif.

AKRI 2022 juga disifatkan telah berjaya mengetengahkan inovasi dan kreativiti dalam memperkasakan PdP yang akan memberi impak kepada masyarakat dan negara melalui 220 penyertaan daripada Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah & Marziana Mohamed Alias/Poster: Ebrahim Abdul Manan

 

  • Created on .
  • Hits: 616

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024