USM UNGGULI NRIC 2013
PULAU PINANG, 22 Ogos 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) menggungguli pertandingan Novel Research & Innovation Competition (NRIC) 2013 dengan membawa pulang 6 emas, 3 perak dan juga 1 gangsa.
Penyelidikan Ng Poh Sing, pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Sains Komputer yang bertajuk The Eyes:Car Security System With Face Recognition dinobatkan sebagai Best NRIC Award dan membawa pulang wang tunai RM5000.00 serta trofi dan sijil.
Penyelidikan ini adalah berkaitan sistem untuk membantu memaklumkan kepada pemandu/ pemilik kenderaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon tentang apa yang berlaku kepada kereta beliau seperti mengambil gambar kereta yang melanggar dengannya serta jika ada cubaan untuk mencuri.
Meor Muhammad Hafiz Shah Budin, pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM membawa pulang RM1000.00 dan sijil setelah dinobatkan The Best Presenter Award. Pada tahun ini, buat pertama kalinya award ini diperkenalkan disamping sumbangan penaja iaitu New Advanced Training Centre Sdn Bhd bagi hadiah The Best Presenter Award yang disampaikan kepada Riza Asma’a Saari dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi kategori CoRIC.
NRIC 2013 disertai oleh 24 Institut Pengajian Tinggi termasuk tiga universiti dari Thailand. Kali ini, NRIC mempertandingkan 133 penyelidikan dalam 6 kategori iaitu Enginering & Technology, Life Science, Health & Medical Science, Social Transformation & Creative Asrts, Information Technology & Communication dan Fundamental Science.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Omar Osman dan juga Timbalan-timbalan Naib Canselor. Turut hadir ialah isteri Naib Canselor USM, Datin Noraizan Jamaludin, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Asma Ismail dan suami, Pengarah Urusan Motorola Solution, T.T. Yew dan para penaja. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar
- Created on .
- Hits: 1259