USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

1000 PESERTA LARIAN MERDEKA BANJIRI USM SEMARAK SEMANGAT KEMERDEKAAN KE-65

USM PENANG, 27 Ogos 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lebih 1000 penyertaan untuk Teamwear Merdeka LED Night Fun Run 2022 yang berlangsung di padang kawadnya.

C6741B80 A85C 4097 9F31 65DFDE959906

Walaupun dalam suasana hujan pada permulaan program malam ini, ianya tidak sedikit pun meruntuhkan semangat para peserta larian yang terus komited ingin menghabiskan larian ini sambil membawa kayu cahaya (glow stick) dan juga bendera Malaysia bagi menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Acara larian ini merupakan anjuran bersama Syarikat tekstil Teamwear dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) di bawah pemantauan Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) dan disokong oleh OFRA Running Squad.

CE39A7A3 1CED 441A B240 C7A5F5BACE62

Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan juga terpesona dengan program larian waktu malam ini kerana mereka dapat membawa keluarga dan anak-anak menyertainya kerana sibuk akan pekerjaan di waktu pagi.

Pihak Teamwear turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai program larian ini yang memberi fokus untuk membakar semangat peserta tentang semangat kemerdekaan dalam komuniti.

“Terima kasih juga kepada Vico, Sunquick, Barkath, MedGel, N8 dan penaja-penaja yang menaja program dan hadiah cabutan bertuah,” ujar mereka.

F814DE48 60ED 40EC 8ED7 C63EA9FE0903

Bagi Presiden OFRA Running Squad, Adil Zil Ikram Zainal Abidin pula, penganjuran program larian ini merupakan salah satu inisiatif pasukan lariannya untuk meningkatkan semangat bersukan di negeri pulau pinang dan sekitar.

“Dengan penyertaan melebihi 1,000 peserta ini, ini menunjukkan budaya sukan larian masih diterima oleh masyarakat tatkala kita masih belum bebas sepenuhnya dengan wabak pandemik Covid19,” jelasnya ketika ditemui.

Larian ini juga diserikan lagi dengan acara Zumba di awal sebelum perlepasan dan cabutan bertuah setelah peserta terakhir tiba selepas 1 jam 30 minit larian ini dimulakan.

Larian ini telah dilepaskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Harry Chai Heng Hua.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 592

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024