USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JKPA UNIVERSITI AWAM BERKAMPUNG DI USM, BINCANG AGENDA PENGANTARABANGSAAN DAN PENGURUSAN PELAJAR ANTARABANGSA

USM PULAU PINANG, 17 Ogos 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) diberi penghormatan mengetuai penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Antarabangsa (JKPA) Universiti Awam Malaysia ke-25 Bil. 3/2022 yang telah diadakan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), di sini selama dua hari bermula semalam.

DA62B7B1 84C6 4AD0 B29C 357C791766AA

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan telah merasmikan majlis pembukaan mesyuarat ini, mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa dan wakil Universiti Awam (UA) ke USM.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pengurusan tertinggi JKPA yang sudi hadir meluangkan masa selama dua hari ke mesyuarat ini dan sememangnya saya percaya dengan adanya jawatankuasa penting di setiap IPTA ini, agenda pengantarabangsaan dan pengurusan pelajar antarabangsa dapat diperkasakan,” ujar Naib Canselor.

71395E6A 5A40 449F 9867 F1AFFF0CDB5A

Tambah Naib Canselor, UA seluruh Malaysia perlu menyediakan hub akademik antarabangsa bertaraf dunia yang dapat membentuk dan memberi panduan kepada generasi akan datang supaya menjadi individu yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengajian yang diceburi.

“Diharapkan juga usaha penambahbaikan yang berterusan dapat dilakukan oleh semua UA dan agensi-agensi berkaitan demi meningkatkan lagi pertumbuhan pelajar antarabangsa serta mobiliti inbound dan outbound, selain meningkatkan pengalaman positif pelajar antarabangsa di Malaysia,” katanya lagi.

Jawatankuasa yang dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Pejabat Antarabangsa UA seluruh Malaysia ini dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Global) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Yong Zulina Zubairi.

344251D5 B97D 474A 89A4 2E9474C2F2AC

Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan ini bertujuan untuk memperkasa pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan memantapkan sistem pengurusan hal ehwal pelajar antarabangsa dan mobiliti pelajar secara lebih cekap dan sistematik.

Di samping itu, jawatankuasa ini juga aktif dalam meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa yang meneruskan pengajian di UA dalam ekosistem dan persekitaran pengajaran yang kondusif.

Yang turut hadir adalah Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) USM, Aizat Hisham Ahmad; wakil-wakil Bahagian Education Malaysia (BEM) Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS).

Teks: Nurhidayah Shahbuddin/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 422

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024