USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NECTAR USM MENYERLAH DI PROGRAM UNIVERSITY TO COMMUNITY (UTC)

USM PENANG, 18 Ogos 2022 – Pasukan Nectar yang mewakili Universiti Sains Malaysia (USM) telah membanggakan universiti apabila berjaya membawa pulang 3 anugerah beserta wang kemenangan terkumpul sebanyak RM2,900 baru-baru ini.

1D01D6FB 044F 4DF2 B253 4F28C69994D2

Berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), majlis penutup Program University to Community (UTC) telah menyaksikan USM menerima anugerah-anugerah berikut:

1. Pembentang projek keusahawanan terbaik - Tempat Ketiga.
2. Projek keusahawanan sosial terbaik - Tempat Keempat.
3. Pameran projek sosial terbaik - Tempat Ketiga.

Kumpulan Nectar terdiri daripada 4 orang tunjang utama iaitu Lim Jhin Siang, Chan Jian Cheng, Elvintiran Balan Jalong dan Ng Yong Chor yang merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat manakala Mentor bagi pasukan ini adalah Puteri Salamah Abdul Aziz dari Pusat Pembangunan HEBAT.

Projek Nectar merupakan projek keusahawanan sosial yang membantu komuniti penternak lebah kelulut di Felda Ijok, Perak, yang mana mereka didedahkan dengan penggunaan ‘Mustapha hive’ yang lebih bersih dan lestari.

Latihan juga diberikan secara percuma yang mana akhirnya madu yang terhasil dijual semula kepada Kumpulan Nectar. Madu tersebut kemudiannya diproses dan dibungkus untuk dijual di pasaran luar.

Paling utama, pasukan Nectar USM juga telah berjaya mendapatkan sijil status halal untuk produk ini.

Kumpulan Nectar kini sedang dalam proses mengintegrasikan inovasi dan teknologi dalam projek ini, yang mana mereka sedang menghasilkan satu sistem pengesanan bilangan lebah yang boleh dipantau melalui aplikasi.

Teks & Foto: Puteri Salamah Abdul Aziz (Pusat Pembangunan HEBAT, BHEPA)

  • Created on .
  • Hits: 422

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024