USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONTINJEN USM TERUS BERI SAINGAN DI SUKIPT 2022

WhatsApp_Image_2022-08-15_at_9.19.10_PM.jpeg

TANJUNG MALIM, 15 Ogos 2022 – Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan lagi rentak ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022, Fasa 2 yang berlangsung pada 15-23 Ogos di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Hj. Idrus Hj. Rapie, seramai 164 orang atlet terdiri daripada 90 lelaki dan 74 wanita terlibat dalam kejohanan kali ini.

Antara Sukan yang terlibat adalah Hoki (Lelaki dan Wanita), Olahraga (Lelaki dan Wanita), Catur (Lelaki dan Wanita), Renang (Lelaki), Taekwondo (Lelaki dan Wanita), Memanah (Lelaki dan Wanita), Ping Pong (Lelaki dan Wanita) dan Skuasy (Lelaki dan Wanita).

Idrus berharap atlet dan para pegawai yang akan bertanding dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan terus memberi saingan dalam acara-acara yang disertai sepanjang kejohanan berlangsung.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan diserikan lagi dengan kehadiran YB Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, pada 14 Ogos 2022.

Ismail Sabri turut berharap agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk dan melahirkan lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

“Hari ini, saya juga ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun,” jelasnya ketika berucap di perasmian SUKIPT 2022.

SUKIPT 2022 merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama 4 Majlis Sukan iaitu MASUM, MASISWA, MSP dan MASKOM. SUKIPT buat julung kalinya telah diadakan pada 28 Oktober - 11 November 2012 di Lembah Klang.

Penganjurannya kali ke-5 2022 ini antara lainnya adalah bertujuan untuk meneruskan kesinambungan SUKIPT yang telah dianjurkan dalam memberi satu ruang yang lebih luas kepada atlet IPT untuk bertanding dalam satu kejohanan sukan yang kompetitif dan terbuka.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Pusat Sukan dan Rekreasi USM

  • Created on .
  • Hits: 458

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024