USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PELAJAR SERTAI MISI YSS SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

USM PULAU PINANG, 12 Ogos 2022 – Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Nur Husna Binti Muhammad Hisham Chua dan Muhammad Rahim Bin Zaidi serta pelajar dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Tan Boon Huang yang menyertai Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) – ASEAN Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2022 pada 17 Julai hingga 12 Ogos 2022 telah selamat kembali ke tanah air.

E82F2107 31DD 472C A9A0 7F018C18A517

Mereka menerima sijil masing-masing dari Ketua Pegawai Eksekutif YSS, Wong Kin Lun.

C08537A9 79DC 4476 AAEA F0BC71527282

Menurut Nur Husna di Vietnam, mereka ditempatkan di daerah Nha Be District (jarak dari bandar raya Ho Chi Minh adalah hampir sejam).

"Saya satu-satunya dalam kumpulan sukarelawan siswa yang terdiri daripada seramai 18 orang yang ditempatkan di rumah keluarga angkat bernama Ma Lac.

"Di sini, saya dapat belajar banyak terutamanya dari segi adat dan budaya mereka. Ibu angkat yang berusia 63 tahun sering memasak makanan Vietnam yang kami dapat makan sebagai orang Islam seperti Vietnamese Roll (isi ikan), pulut kacang, sayur-sayuran dan banyak lagi," ceritanya lagi.

25A8DACA 53B5 4706 AC31 8C1BE7B4DF19

Tambah Nur Husna, selain itu, mereka juga dapat belajar bahasa Vietnam mendapat sehelai baju tradisi Vietnam iaitu Áo dài daripada ibu angkat kami.

"Sungguh cantik apabila semua memperagakan baju tradisional mereka, seperti kita ada baju kurung mereka ada baju Áo dài.

"Banyak lagi pengalaman menarik yang ingin diceritakan sepanjang saya berada di negara Vietnam," kata Nur Husna teruja.

9C37D8E7 50E3 4E19 A300 5D1DB87F9F11

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1120

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024