USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WAKAF UNTUK PEMBINAAN PUSAT KOMUNITI IPPT

IPPT@BERTAM, 8 Ogos 2022 – Orang ramai berpeluang berwakaf untuk pembangunan Pusat Komuniti Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM).

WhatsApp_Image_2022-08-08_at_6.03.54_PM.jpeg

Menurut Pengarah IPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pusat Komuniti yang mempunyai kemudahan surau, bilik jenazah, tadika dan Rumah Tetamu dengan kos dianggarkan sebanyak RM5.6 juta ini akan memberikan kemudahan kepada para pesakit dan pengunjung.

"Untuk itu, kami menawarkan orang ramai untuk berwakaf bagi menjayakan usaha ini yang akan memberi manfaat kepada semua yang mendapat rawatan di IPPT," kata Tunku Kamarul Zaman.

IPPT yang terletak di Bertam, Pulau Pinang yang dijenamakan sebagai Pusat Perubatan USM adalah satu-satunya pusat rujukan kanser wilayah utara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

IPPT juga menawarkan perkhidmatan rawatan kanser dan perubatan nuklear terapeutik dan diagnostik, serta diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa BrachyAcademy pertama di Malaysia.

Maklumat lanjut boleh hubungi: 04-5622144/019-4319447/013-6499144 (Ustaz Mohsin Ust. Hasnizar)

  • Created on .
  • Hits: 506

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024