USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENGOPI 1.0 - USM TUBUH SUPer PERKASA AGENDA KEUSAHAWANAN PELAJAR

D2B503E8 74A2 4136 B8F5 5764927E5E43

USM PULAU PINANG, 5 Ogos 2022 – Satu program bicarawara, Mengopi 1.0 telah berlangsung pada 27 Julai 2022 lalu di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) yang julung kalinya diadakan dan telah berjaya mengumpulkan lebih 300 usahawan makanan dan minuman seluruh Malaysia.

Selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030, USM komited dalam melahirkan pelajar yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan melalui penganjuran program sebegini.

Sektor Keusahawanan di Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) dengan kerjasama Gabungan Usahawan Muda Makanan dan Minuman telah menjemput tokoh-tokoh usahawan sebagai panel bagi berkongsi pahit manis sepanjang mereka menjalankan perniagaan dan rahsia kejayaan mereka.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam ucapan perasmian mengalu-alukan kedatangan semua panel dan peserta yang hadir.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta untuk mendapatkan ilmu yang pastinya bermanfaat bagi mengembangkan perniagaan.

Di akhir ucapan, beliau turut merasmikan pelancaran Sekretariat Usahawan Pelajar (SUPer), sebuah badan pelajar yang akan mengumpulkan ahli jawatankuasa keusahawanan semua persatuan di bawah satu pentadbiran bagi memastikan agenda keusahawanan universiti dapat dicapai.

“Kami amat bersyukur dan gembira kerana program berjalan lancar dengan wujudnya kerjasama antara Gabungan Usahawan Muda dengan Sektor Keusahawanan USM,” kata rata-rata usahawan yang menyertai program ini.

Mereka juga berbesar hati kerana USM menyambut baik kedatangan mereka untuk bersama membantu membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar, staf dan penduduk setempat.

Sementara itu, Pemilik Restoran Gudang Makan dan syarikat perkhidmatan catering, De Pauh Garden, Nor Azman Abu Bakar pula berkata, selepas kejayaan program Mengopi 1.0 ini, berkemungkinan Mengopi 2.0 pula akan menyusul.

Turut hadir sama ke program Mengopi 1.0 ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman, dan Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT (HDC), Hazlan Abdul Hamid.

Teks: Luqman Jasni [Sektor Keusahawanan, Pusat Pembangunan HEBAT (HDC)]

  • Created on .
  • Hits: 464

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024