USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TAWAR PROGRAM DWI-IJAZAH SECARA JARAK JAUH

thumbnail POSTER DWI IJAZAH 2022

USM PULAU PINANG, 1 Ogos 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti pengajian dwi-ijazah secara jarak jauh.

Menurut Penyelaras Program Dwi-Ijazah, Dr. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, pada masa ini program Dwi-Ijazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) hanya dibuka kepada pelajar tempatan daripada kampus Induk USM Pulau Pinang sahaja.

Menurut Siti Masayu Rosliah, tujuan utama penawaran program ini ialah untuk membolehkan seseorang pelajar lebih berdaya saing dalam pasaran kerja yang kompetitif, memiliki set kemahiran multidisiplin dan bergraduat dengan dua Ijazah.

thumbnail DWI IJAZAH RPJJ Flyer 1

"Program Dwi-Ijazah ini menawarkan pembelajaran yang fleksibel menggunakan kaedah pembelajaran teradun (blended learning) yang terkini," tambah beliau dalam satu webinar yang diadakan hari ini.

Program yang ditawarkan pada sesi 2022/2023 merangkumi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Kesusasteraan dan Sejarah, Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dalam Antropologi dan Sosiologi dan Sains Politik, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Biologi dan Matematik dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dalam bidang Kewangan, Strategi dan Pengurusan Organisasi serta bidang Pemasaran.

Program ini akan dibuka kepada semua pelajar ijazah pertama di USM yang sekurang-kurangnya mencapai PNGK 2.75 bagi program ijazah pertama yang sedang diikuti calon iaitu setelah calon tamat semester kedua pengajian ijazah pertama.

Pelajar hanya dibenarkan mengambil program yang tidak ditawarkan oleh pusat pengajian asal dan tidak dibenarkan menarik diri daripada program asal.

thumbnail DWI IJAZAH RPJJ Flyer 2

Pelajar yang aktif perlu mendaftar sekurang-kurangnya 10 unit untuk setiap sidang akademik mengikut peraturan RPJJ.

Pelajar juga perlu mengekalkan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dalam program asal.

Pelajar yang berminat boleh memuat turun Borang Permohonan di pautan: https://bit.ly/DWIIJAZAH

Tarikh permohonan ialah pada 15 Julai 2022 hingga 1 September 2022. Tarikh pendaftaran ialah pada 3 Oktober 2022.

Maklumat lanjut, hubungi: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM. Telefon: 04-653 3930/3286/04-657 6000; Dr. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).

Teks: Mohamad Abdullah/Poster dan Flyer: PPPJJ USM

  • Created on .
  • Hits: 619

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024