KEUSAHAWANAN PLATFORM TERBAIK PELAJAR DEMI MENTRANFORMASI EKONOMI - “MOU: USM DAN EMERIC BIKE SOLUTION”
USM PULAU PINANG, 1 Ogos 2022 – Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat bertaraf dunia Emeric Bike Solution, yakni pembekal pelbagai jenis basikal.
Pusat Rancangan Kokurikulum bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan melalui kursus “WUS101 - Teras Keusahawanan” sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada masa kini.
Pihak Industri telah bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar dari segi menguruskan perniagaan berorientasikan basikal seperti penyewaan basikal, menggunakan basikal sebagai kenderaan penghantar makanan seperti di negara Singapura, pelancongan basikal, penjualan basikal, penyelenggaraan basikal dan pelbagai lagi.
Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dan Pengerusi Rancangan Keusahawanan, Profesor Madya Dr. Mohd Sayuti Hassan, matlamat pendidikan keusahawanan USM ialah untuk membentuk pelajar sebagai pencipta kerja (job creator) yang berpotensi dan bukan sebagai pencari kerja (job seeker).
“Telah banyak dilaporkan bahawa keputusan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan adalah berasaskan pemahaman seseorang terhadap aktiviti keusahawanan.
“Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu opsyen yang realistik untuk pelajar yang mempunyai kemahiran Ilmu Keusahawanan,” kata Mohamad Haafiz.
Sebagai langkah permulaan, syarikat Emeric Bike Solution telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 30 unit “Folding Bike” dan akan ditempatkan di Bangunan Pusat Rancangan Kokurikulum dalam masa terdekat.
Penggunaan basikal akan dapat memenuhi Konsep Pembangunan Lestari yang sentiasa menjadi matlamat utama USM.
Kesimpulannya, konservasi dan preservasi terhadap ekosistem USM amat penting supaya semua masyarakat kampus sedar tentang kesan terhadap kemusnahan persekitaran yang juga memberi impak terhadap sosial dan ekonomi.
Pada masa yang sama, kita tetap perlu menyokong mana-mana pembangunan yang bersifat pembangunan lestari. Lestari yang bukan hanya pada nama, tetapi juga dari segi ketelusan yang memberi manfaat kepada taraf kehidupan manusia dan kelangsungan ekonomi.
#sayheart@KO-K
#WeLead
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 774