USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SPPV HOSPITAL USM TAMATKAN PERKHIDMATAN SETELAH LEBIH SETAHUN BEROPERASI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Julai 2022 – Setelah lebih setahun beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini merupakan hari terakhir SPPV Hospital USM menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 kepada pesakit, warga Kampus Kesihatan dan masyarakat dalam membendung penularan wabak COVID-19. 

AE0463A5 EC6F 433E 91A9 4C2ED7106B4E

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah dirangka oleh Kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat mendapat perlindungan daripada dijangkiti virus COVID-19 ini telah memberi satu pengalaman berharga kepada semua petugas yang terlibat terutamanya pasukan barisan hadapan. 

Jerit perih dan segala keringat para petugas sepanjang pengoperasian SPPV Hospital USM bermula 1 Mac 2021 adalah momen indah untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. 

7604B6BB 972F 496D 80E5 B8BF19AD2FE4

Menurut Penyelaras SPPV Hospital USM yang juga Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof, hampir 200 orang petugas Hospital USM dan sukarelawan berganding bahu memastikan kelancaran operasi SPPV sepanjang pengoperasiannya bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada penerima vaksin. 

"SPPV Hospital USM berjaya memberi perkhidmatan suntikan vaksin melebihi 60,000 dos termasuk dos penggalak bermula 1 Mac 2021 sehingga 7 Julai 2022 melibatkan pesakit, warga kampus, warga emas dan orang awam termasuk kanak-kanak yang berusia lima (5) tahun ke atas. 

1B219B09 2595 46A4 B45B 11E5E63B2FA0

"Pelbagai kejayaan juga ditempa oleh pasukan SPPV Hospital USM dalam menjayakan PICK antaranya menjadi SPPV pertama yang memperkenalkan kaedah pandu lalu kepada penerima vaksin di Malaysia," ujarnya. 

Tambah Imran, pasukan SPPV Hospital USM juga bukan hanya memberi perkhidmatan di pusat pemberian vaksin sahaja, malah turut menjayakan program 'outreach' vaksin bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti menawarkan suntikan vaksin kepada penghuni penjara. 

"Saya juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh barisan petugas SPPV yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, para sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), semua pihak yang memberi penajaan makanan dan minuman kepada para petugas serta pihak Pengurusan USM sendiri kerana sentiasa memberi sokongan sepanjang pengoperasian SPPV Hospital USM. 

66949229 95B9 44E1 9005 AB96422F8143

"Sebagai salah sebuah institusi awam yang mempunyai fasiliti perawatan terbaik melalui Hospital USM, kami amat menghargai peluang yang diberikan kerajaan untuk menjadikan Hospital USM sebagai salah sebuah pusat pemberian vaskin dalam sama-sama mengharungi detik mencabar menangani pandemik COVID-19," jelasnya lagi. 

Imran turut memberitahu bahawa PICK masih lagi diteruskan dan orang awam boleh mendapatkan suntikan vaksin di fasiliti kesihatan KKM terdekat. 

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 309

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024