USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

'USM ENDOSCOPIC SINUS SURGERY’ DAN ‘USM TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE 2022’ BERI PENDEDAHAN UNTUK TINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBEDAHAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Julai 2022 – Setelah dua tahun menyepi akibat pendemik COVID-19, kini Jabatan Otorinolaringologi (ORL) - HNS, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) kembali menganjurkan kursus ‘USM Endoscopic Sinus Surgery’ pada 3 hingga 4 Julai dan kursus ‘USM Temporal Bone Dissection’ yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai ini. 

525E9B1B B76A 4F70 B071 E0C9431BCE08

Kursus profesional dan intensif yang dibuka khusus kepada Pegawai Perubatan Terlatih atau calon Sarjana Perubatan ORL - HNS (MMed ORL - HNS) dari seluruh negara itu berlangsung di Makmal Pelbagai Guna 2, PPSP USM. 

Menurut Pengarah Program yang juga Pensyarah Perubatan dan Pakar Otorinolaringologi - HNS, Dr. Nik Adilah Nik Othman, kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan di samping meningkatkan kemahiran pembedahan dan klinikal para peserta dalam pembedahan endoskopik sinus (hidung) dan pembedahan tulang temporal (bahagian telinga). 

A893B382 838F 4003 BCEE 3DFF99195048

“Selain itu, ia juga merupakan salah satu platform bagi pakar ORL - HNS di USM, dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan serta kepakaran dalam bidang ini.  

“Kursus ini juga diharap dapat meningkatkan proses pengurusan dan kaedah rawatan pesakit yang akan memberi tambah nilai kepada kualiti hidup pesakit dan masyarakat amnya,” katanya.

7ACCC37E C228 4401 A834 0148E4C58283

Beliau berkata, pihak penganjur telah menjemput dua orang pakar ORL - HNS dari rantau ASEAN iaitu Profesor Dr. Kornkiat Snidvongs dari Universiti Chulalongkorn, Thailand dan Dr. Budi Sutikno dari Universiti Airlangga, Indonesia untuk berkongsi kepakaran dalam pembedahan sinus endoskopi. 

“Beberapa pakar dari USM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu juga terlibat sebagai fasilitator bagi membimbing para peserta kursus untuk menjalankan prosedur secara ‘hands-on’.  

D1C81100 2EC5 453D BC97 3848E8CE5D42

“Pelbagai cabaran berjaya ditempuh untuk merealisasikan kursus ini antaranya mendapatkan ‘fresh frozen cadaver’ (mayat) dari bahagian kepala (hidung dan telinga) yang hampir menyamai keadaan sebenar bahagian organ pesakit yang menjalani pembedahan, yang mana ia perlu diimport dari Amerika Syarikat serta prosedur yang perlu dilalui untuk sampai di makmal latihan adalah ketat, rumit dan mahal,” jelasnya lagi.  

Hadir merasmikan kursus tersebut ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri-Komuniti dan Pembangunan, PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ketua Jabatan, Jabatan Otorinolaringologi - HNS, Profesor Madya Dr. Ramiza Ramza Ramli. 

Teks & Foto: Che Ismail Che Lah/Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

  • Created on .
  • Hits: 489

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024