USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TANDATANGAN PERJANJIAN KOLABORASI DENGAN DIGITAL PENANG UNTUK PERKASA EKONOMI DIGITAL

USM PULAU PINANG, 27 Julai 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani Perjanjian Kolaborasi (Collaboration Agreement) dengan syarikat milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Digital Penang untuk memperkasakan usaha mewujudkan komuniti digital dalam kalangan warganya.

2E592CAA D6B6 40A3 8079 B745AF98DDF9

Hal ini juga untuk USM melaksanakan program PITCH@USM melalui tajaan RM50,000 dalam usaha menggalakkan pembangunan idea-idea baharu, kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar dan staf USM.

PITCH@USM merupakan platform baharu untuk staf dan para pelajar USM mengemukakan idea-idea dan inovasi baharu dalam apa sahaja yang mereka lakukan terutamanya dalam keusahawanan dan pembangunan produk berbentuk “deep technology” atau keusahawanan sosial (Social Enterprise).

Pelajar diminta membentangkan idea kreatif untuk penyelesaian masalah, bagaimana untuk melaksanakan penyelesaian masalah, impak terhadap penyelesaian masalah dan bagaimana memastikan kelangsungan idea dan impak yang diberi.

Dalam PITCH@USM yang pertama, 11 penyertaan diterima dan 5 penyertaan disenarai pendekkan dengan pemilihan dibuat melalui penjurian oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Penang, Tony Yeoh, Pengarah Pelaburan Upsilon Holdings, Kevin Tan dan pengasas Athens Holdings, Anja Juliah.

Perjanjian ditandatangani oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan bagi pihak USM dan Pengarah Agile Solutions, Alfonso Johan bagi pihak Digital Penang.

12BA7E22 91E0 4F76 99EE 8116CB5757D5

Hadir sama di majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi), Profesor Dr. Md. Roslan Hashim, Pengerusi PITCH@USM, Profesor Madya Dr. Tan Jun Jie dan Amira Hasnul Jamal dari Digital Penang.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 632

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024