USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR RASMI THE NEST UNTUK CETUS IDEA, KREATIVITI TEKNOLOGI DAN INOVASI PELAJAR

USM PULAU PINANG, 27 Julai 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini merasmikan prasarana baharu untuk pelajar memanfaatkan idea, kreativiti dan usaha mereka dalam inovasi dan keusahawanan yang dikenali sebagai The Nest.

0A32F27C DA1E 4293 908F 8ADA7B272B20

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; dan Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi), Profesor Dr. Md. Roslan Hashim.

The Nest menyediakan ekosistem fizikal yang dibina bagi pembangunan produk teknologi dan inovasi daripada pelajar.

5FAAB459 BDAB 4B73 9961 BFAA7627C9F7

Fasiliti ini diharap dapat menggerakkan usaha menghasilkan idea-idea baharu antaranya melalui program Pitch@USM untuk dimajukan pada masa hadapan.

Pitch@USM adalah antara program baharu untuk menjana pemikiran, kreativiti dan inovasi pelajar terutamanya dalam keusahawanan.

Pelajar juga boleh menggunakan kemudahan ini untuk bertemu dan berbincang serta merealisasikan kreativiti mereka bersama-sama.

33F8F2A0 D956 41FB 9854 16768ECA59C9

Akses kepada The Nest akan diberi kepada pelajar dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 malam, supaya sesuai dengan keperluan pelajar yang akan menjalankan projek mereka selepas waktu pengajaran dan pembelajaran.

Namun, The Nest disasarkan akan dibuka 24 jam sehari apabila fasiliti ini lengkap dengan kad akses dan sistem sekuriti yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Projek pembinaan The Nest yang ditaja sebanyak RM20,000 oleh Upsilon Holdings ini menggunakan cetusan idea baru yang masih belum pernah digunakan di USM, selari dengan fungsi The Nest yang berbeza dan unik.

Struktur siling fasiliti ini dibuka untuk mendedahkan binaan bumbung untuk menonjolkan keindahan senibina.

D49906A7 E578 4FC8 AD12 57155B00924A

Selain itu, ruang tampak lebih luas, sebagai simbol keluasan pandangan dalam teknologi dan inovasi. Pemilihan pintu pivot juga menonjolkan kelainan, memandangkan pintu jenis ini hanya boleh dilihat di The Nest.

Papan tanda ‘be extraordinary’ dipasang secara terbalik dan bersaiz besar bagi mengingatkan pengunjung dan pengguna fasiliti ini betapa pentingnya mencari kelainan, keunikan, dan memiliki kreativiti dalam pemilihan idea.

362850EC 3149 45CD AF97 E367E6A80B3C

Hiasan dalaman dan reka bentuk The Nest merupakan hasil idea sekumpulan pensyarah dan pelajar daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan yang diketuai oleh mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Dr. Aldrin Abdullah dengan kerjasama Pusat Pembangunan HEBAT (HDC).

Teks: Mohamad Abdullah/ Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1838

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024