USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT BERJUANG KEPADA BARISAN ATLET KE KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2022

2EEF6A31 E043 434C 83D4 7FE9941CF298

PUTRAJAYA, 13 Julai 2022 – Hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan jayanya telah mengadakan Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT 2022 dan Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Penyerahan insentif kecemerlangan turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Beliau berkata bahawasanya beliau berbesar hati untuk menyerahkannya bagi menyuntik semangat para atlet yang telah bertungkus lumus berjuang demi lencana di dada.

Antara atlet yang menerima insentif tersebut adalah pelajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Kamini Sri a/p Segaran (Judo) dan P. Kayalvhily (Memanah) yang beraksi cemerlang dalam Sukan SEA 2021 yang lalu.

Turut menerima insentif adalah alumni atlet Karate USM, Ivan Oh Theng Wei, Khaw Yee Voon dan Chang Sin Yi.

Sesudah selesai majlis penyerahan insentif, majlis diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia yang akan berangkat ke Ubonratchathani, Thailand pada bulan hadapan bagi mengharungi kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2022.

Noraini turut berkata di dalam ucapan beliau tentang sasaran pingat yang diberikan ini adalah untuk menaikkan lagi motivasi para atlet untuk mempamerkan aksi yang terbaik buat Malaysia.

Antara atlet dari USM yang bakal berjuang demi mencapai sasaran 35 pingat emas adalah P. Kayalvhily dari Pusat Pengajian Pengurusan, dan Khambeswaran Mohanaraja dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan bagi sukan memanah.

Manakala dua lagi atlet iaitu pelajar Pusat Pengajian Pengurusan, Iskandar Alif dalam sukan Futsal dan Lim Jing Ning bagi sukan badminton.

Diharapkan kesemua atlet ini dapat memberikan persembahan yang terbaik demi membawa nama negara dan USM, dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada mereka.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli

  • Created on .
  • Hits: 470

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024