USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENDAFTAR USM KETUAI SUKARELAWAN USM BANTU MANGSA BANJIR BALING

USM PULAU PINANG, 6 Julai 2022 – Pendaftar USM, Dato' Dr. Musa Ali turun padang bersama-sama 60 orang sukarelawan pelajar dan 25 orang sukarelawan staf membantu penduduk yang terjejas dengan banjir di beberapa buah kampung di Baling, Kedah.

Mereka mengunjungi rumah 3 orang orang pelajar dan 2 orang staf yang terjejas menjadi mangsa banjir kepala air yang berlaku pada hari Isnin lalu.

Menurut Musa, kunjungan sukarelawan ini sebagai tanda prihatin USM untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan melihat dari dekat kesan banjir yang berlaku.

"Kita sangat sedih dan bersimpati dengan kemusnahan yang berlaku secara tiba-tiba ini dan kesan yang ditanggung oleh penduduk setempat dengan keadaan rumah yang penuh lumpur dan banyak kerosakan yang dialami," kata Musa.

Hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling mulai jam 2 petang hari Isnin menyebabkan limpahan air Sungai Kupang ke beberapa kawasan perkampungan di daerah Baling.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 253

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024